mana taknya 3 jam ja aku tido. lepas tu terus bangun awal pagi, siap sedia untuk hari sukan sekolah kat stadium USM.
masa drive keta pun aku rasa mata aku berat ja.. tapi aku gagahkan jugak... yelah.. buatnya aku berlanggar.. tak ke naya..
seperti biasa tugas aku kali ni ialah penjaga masa... tugas yang yang paling cikgu cikgu tak mau. berjemuq la tengah panas, bermandikan peluh...
sesampai ja kat sana, cikgu2 dijmukan nasi lemak, ah, tak berselera nak makan . rasa loya rasanya tekak aku ni.
inilah cikgu. kekadang rasanya macam dilayan spt bebudak, apa yang bebudak makan, itulah yang tekak kami kena layan.
maka berpanas lah aku sampai ke tengahari di tengah padang ... aduiiiiii... kepala sakit, mata pun rasa berat sangat.
abis ja aktiviti sukan ... terus ja aku enjut balik ke umah...
ingatkan nak tido. tapi sampai kemalam langsung tak boleh tido sebabnya ank kedua aku tu asyik buat perangai...
so.... malam ni dalam kepnatan rasa tak dak idea nak berpuisi menggambarkan keletihanku..
jadi bye bye.....je lah..
No comments:
Post a Comment