Monday, 24 June 2013

home sweet home




kali ini aku ingin bercerita mengenai rumahku .Ini merupakan rumah kedua yang aku dan suamiku miliki.
sebenarnya rumah pertama aku juga berdekatan dengan kawasan ini.
nak dijadikan cerita, sewaktu aku dan suamiku tinggal di ruma pertama dulu, en suami selalu sngat bawa anak anakku yang sulug masuk kedalam rumah ini. masa tu rumah ni masih lagi dalam pembinaan.
en suami berkenan sangat dengan design rumah ni. so dia selalulah cakap dengan ank yang ni rumah kita. 
itulah orang tua -tua kata masin mulut.. akhirnya ditakdirkan kami membeli rumah ini. 
jadi setakat sekrang, inilah rumahku syurgaku buat kami suami isteri untuk melayari bahtera perkahwinan kami.

Wednesday, 19 June 2013

penat

ni kira link dari kesah semalam yang aku susah tidur tu meyebabkan aku sesangatlah penat pada hari ni.
mana taknya 3 jam ja aku tido. lepas tu terus bangun awal pagi, siap sedia untuk hari sukan sekolah kat stadium USM. 
masa drive keta pun aku rasa mata aku berat ja.. tapi aku gagahkan jugak... yelah.. buatnya aku berlanggar.. tak ke naya..
seperti biasa tugas aku kali ni ialah penjaga masa... tugas yang yang paling cikgu cikgu tak mau. berjemuq la tengah panas, bermandikan peluh...
sesampai ja kat sana, cikgu2 dijmukan nasi lemak, ah, tak berselera nak makan . rasa loya rasanya tekak aku ni.
inilah cikgu. kekadang rasanya macam dilayan spt bebudak, apa yang bebudak makan, itulah yang tekak kami kena layan.
maka berpanas lah aku sampai ke tengahari di tengah padang ... aduiiiiii... kepala sakit, mata pun rasa berat sangat.
abis ja aktiviti sukan ... terus ja aku enjut balik ke umah...
ingatkan nak tido. tapi sampai kemalam langsung tak boleh tido sebabnya ank kedua aku tu asyik buat perangai...
so.... malam ni dalam kepnatan rasa tak dak idea nak berpuisi menggambarkan keletihanku..
jadi  bye bye.....je lah..

Tuesday, 18 June 2013

malam yang panjang

malam ni sama seperti malam malam lain yang biasa aku lalui. tapi malam ini sangat panjang rasanya sebab kesukaran aku untuk melelapkan mata

kerap jugak aku melalui keadaan ini, dan selalunya mestilah ia berlaku atas beberapa sebab.

sebab pertama ialah

problem

sebab kedua ialah

terlampau penat

sebab ke tiga ialah

lapar

tapi malam ni atas sebab apa kau tak boleh tidur tak dapat nak dikenalpasti....

so aku nak lahirkan sebuah puisi hasil dari kepayahan aku nak tidur ni....


malam yang panjang..
mataku masih lagi cekang
walau fikranku sudah kendur

malam yang panjang..
tanganku masih galak menaip
sedangkan ku tahu
esok badanku, fikiranku perlu galak bekerja..

malam yang panjang..
aku terus terbelenggu dek perselisihan antara mata dan hati

Sunday, 16 June 2013

menyepi




Kadang kala kita perlu menyepi
Untuk mencari kembali kekautan diri
Yang telah hilang ....
Ada kala kita perlun menyepi
Untuk mencari ketenangan hati
Adakala kita perlu menyepi
Untuk kebaikan diri
Dan kadangkala sepi itu lebih indah...

Wednesday, 12 June 2013

melepaskan



Melepaskan BUKAN akhir dari dunia...
melainkan awal suatu kehidupan baru...
Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis,
Mereka yang disakiti,
mereka yang telah mencari...
dan mereka yang telah mencuba...
Kerana MEREKALAH yang bisa menghargai
betapa pentingnya orang yang telah
menyentuh kehidupan mereka...

Monday, 10 June 2013

Di Malam ini

di malam ini
jiwaku diratah rasa kekosongan
yang meragut secebis ketenangan

di malam ini
hatiku berbisik kerinduan 
pada kekasih yang berjauhan

di malam ini 
ingin ku gambarkan perasaan
yang bagai dilanda taufan

di malam ini
aku bicara sendirian 
kerna tiada berteman..

Sunday, 9 June 2013

pantaskah jiwaku melatah dek sedikit kesakitan memandangkan ada insan yang lebih menderita tetapi masih lagi mampu tersenyum ikhlas. 
Ya Allah .. berilah aku kekuatan, berilah aku kesanggupan, dan benamkanlah sifat makhluk dalam diriku.. agar kebergantunganku hanyalah pada Mu, agar hatiku tidak mudah terusik oleh kesakitan yang direncana makhluk lain.. dan agar aku tidak terpesong dek pancaroba dunia dan bisikan nafsu.
Kepanasan hari mengingatkan aku tentang kekuasaanNya. Bersyukur di atas apa yang ada pada hari ini kerna esok belum tentu menjanjikan yang lebih baik. Bersedia lebih baik dari mengharap
Malam telah melabuhkan tirai. Hening pagi memberi salam kedinginan. Sebelum mentari melebarkan kuasa panasnya, ingin ku hirup ketenangan pagi ini dan melakarkan senyuman buat permulaan hari.